Terms & Conditions
Dengan ini saya bersetuju untuk menjadi pekerja ejen JomAM (Jom AM Sdn Bhd). Status pekerja sampingan saya ini adalah tidak akan mendapat sebarang gaji tetap, EPF atau SOCSO dari pihak syarikat Jom AM Sdn Bhd. Saya bersetuju dengan cara pengiraan komisen yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat Jom AM Sdn Bhd. Saya setuju bahawa pihak syarikat Jom AM Sdn Bhd mempunyai hak untuk mengubah cara pengiraan komisen tersebut. Dalam menjalankan tugasan saya sebagai pekerja sampingan yang mencari pelanggan membeli barangan elektrik, perabot atau telefon pintar melalui pakej ansuran mudah ini, saya akan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat Jom AM Sdn Bhd seperti;
- TIDAK akan menggunakan nama JomAM (Jom AM Sdn Bhd) untuk menjalankan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.
- TIDAK akan berpakat dengan pelanggan yang memohon pakej ansuran mudah dengan memberi maklumat palsu atau dokumen palsu supaya mendapat kelulusan dari syarikat kredit.
- TIDAK akan menyalahgunakan dokumen-dokumen pelanggan yang telah diamanahkan kepada saya untuk memohon pakej ansuran mudah melalui syarikat JomAM (Jom AM Sdn Bhd).
- TIDAK akan menggunakkan nama JomAM (Jom AM Sdn Bhd) untuk mengambil sebarang deposit atau pembayaran dari pelanggan-pelanggan yang akan atau telah memohon pakej ansuran mudah pembelian barangan di JomAM (Jom AM Sdn Bhd).
- TIDAK akan berkrompomi dengan pelanggan-pelanggan yang sudah mendapatkan kelulusan kredit ansuran mudah supaya sengaja tidak membayar balik pembayaran bulanan mereka.
Saya tahu sekiranya saya melakukan kesalahan-kesalahan seperti yang di atas, pihak syarikat JomAM (Jom AM Sdn Bhd) tidak akan teragak-agak menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat dan diambil tindakan. Status pekerja sampingan saya ini juga akan secara automatik dibatalkan sekiranya saya tidak mempunyai kelulusan 1 orang pelanggan dalam masa 3 bulan berturut-turut.